Bab5
Apabila terdengar bunyi jam loceng. Bella bingkas
bangun mencapai tuala di ampaian lalu masuk ke dalam kamar mandi . Bella hanya
mengenakan kemeja dan berseluar slack.
Rambutnya diikat satu.
Bella
tercegat di meja makan tepat pada pukul 8 pagi. Sementara menunggu papanya, dia
melangkah ke dapur dan menolong bibik Rozi apa yang patut.
“Awal bangun Bella ? Mimpi apa ?” tanya Datuk Tarmizi
sambil mengerling Datin Hanani. Datin Hanani tersengih sambil menyenduk nasi
goreng kepada suaminya.
“Kakak mimpi hantu la tu pa. Sebab tu dia bangun awal”
celah Izzat sambil menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya.
“Kau ni kenapa Izzat? Pagi-pagi tak bagi aku berangin
tak boleh ke? Buat spoil mood orang je ” marah Bella .
“Ala , orang lawak pun tak boleh. Why so serious ?” tanya Izzat.
“Kau diamlah. Pergi berambus cepat skit. Menyemak aje”
usir Bella.
“Bella, Izzat. Tak baik gaduh depan rezeki” tegur
Datin Hanani.
“Ma, pa. Izzat pergi dulu. Kawan Izzat dah tunggu kat
luar tu” maklum Izzat sambil mencium tangan mama dan papanya.
“Bella dah ready nak kerje dengan papa?” tanya Datuk Tarmizi
ingin tahu.
“Insyallah pa” tutur
Bella yakin.
“Okey ! ”
Bella dan
Datuk Tarmizi jalan beriringan untuk masuk ke pejabat Datuk Tarmizi.
“Datuk , Tan Sri Zainal dan anaknya dah sampai. Diorang
dalam bilik datuk” ujar wanita jelita yang bertudung jingga itu.
‘mungkin setiausaha papa’ bisik hati kecil Bella.
“Oh okey.
Liza tolong tunjukkan bilik Cik Bella. Lepas dah tunjuk bawak dia keliling
pejabat ye” arah Datuk Tarmizi.
Bella
melemparkan senyuman kepada setiausaha papanya itu.
Liza membalas senyuman bella sambil berkata
“Jom saya tunjukkan bilik Cik Bella lepas tu kita
pusing-pusing pejabat” terang Liza
“Okey! Jom”
Bella
hanya mengikut langkah Liza.
Apabila sampai di bilik itu, Liza terus membuka pintu
dan mempelawa Bella untuk masuk. Tanpa berlengah Bella masuk sambil matanya
melilau-lilau memerhati sekeliling bilik.
‘Besarnya bilik ni , cantik pulak tu’ bisik hati
Bella, kagum.
“Bilik saya ke kak. Besar sangat ni” ujar Bella.
“Datuk yang suruh Cik Bella duduk dalam bilik ni. Akak
menurut perintah aje. Lagipun Cik Bella kan pemangku CEO syarikat Cullen
Holdings” tutur Liza.
“Panggil saya Bella je lah. Tak payah la ber’cik-cik’
ni. Nampak tua pulak” jawab Bella sambil tersenyum.
“Okeylah Bella , akak keluar dulu. Kalau Bella nak
apa-apa panggil je akak. Akak duduk kat situ” kata Liza sambil menunjukkan tempat
duduknya di penjuru bilik Bella.
“Akak ni setiausaha saya ke ?” tanya Bella ingin tahu.
Liza menganguk sambil tersenyum. “Ya. Akak setiausaha
Bella” jawab Liza.
“Kalau tak ada apa-apa akak keluar dulu” tambah Liza
lalu beredar dari bilik Bella.
“Papa , mana
Uncle Tarmizi ni ? Dah setengah jam kita tunggu kat sini. Letih, bosan
lah” rungut Irham.
“Amm” belum sempat Tan Sri Zainal menjawab , pintu
dikuak dan wajah Datuk Tarmizi yang tersenyum menyapa pandangan Tan Sri Zainal
dan Irham Iskandar.
“Tar kau
sihat ?” tanya Tan Sri Zainal sambil berpelukan dengan Datuk Tarmizi.
“Sihat je Nal. Macam ni lah” jawab Datuk Tarmizi.
“Ni lah Irham Iskandar” tanya Datuk Tarmizi.
“Ya, saya” jawab Irham sopan.
Irham bersalaman dengan datuk tarmizi lalu mencium
tangan tua itu.
“Jemputlah duduk Nal , Irham” jemput Datuk Tarmizi.
comment dalu-alukann ;)
ReplyDelete