Thursday, 17 October 2013



Bab5

Apabila terdengar bunyi jam loceng. Bella bingkas bangun mencapai tuala di ampaian lalu masuk ke dalam kamar mandi . Bella hanya mengenakan kemeja dan berseluar slack.       Rambutnya diikat satu.
    Bella tercegat di meja makan tepat pada pukul 8 pagi. Sementara menunggu papanya, dia melangkah ke dapur dan menolong bibik Rozi apa yang patut.
“Awal bangun Bella ? Mimpi apa ?” tanya Datuk Tarmizi sambil mengerling Datin Hanani. Datin Hanani tersengih sambil menyenduk nasi goreng kepada suaminya.
“Kakak mimpi hantu la tu pa. Sebab tu dia bangun awal” celah Izzat sambil menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya.
“Kau ni kenapa Izzat? Pagi-pagi tak bagi aku berangin tak boleh ke? Buat spoil mood orang je ” marah Bella .
“Ala , orang lawak pun tak boleh. Why so serious ?” tanya Izzat.
“Kau diamlah. Pergi berambus cepat skit. Menyemak aje” usir Bella.
“Bella, Izzat. Tak baik gaduh depan rezeki” tegur Datin Hanani.
“Ma, pa. Izzat pergi dulu. Kawan Izzat dah tunggu kat luar tu” maklum Izzat sambil mencium tangan mama dan papanya.
“Bella dah ready nak kerje dengan papa?” tanya Datuk Tarmizi ingin tahu.
“Insyallah patutur Bella yakin.
“Okey ! ”


   Bella dan Datuk Tarmizi jalan beriringan untuk masuk ke pejabat Datuk Tarmizi.
“Datuk , Tan Sri Zainal dan anaknya dah sampai. Diorang dalam bilik datuk” ujar wanita jelita yang bertudung jingga itu.

‘mungkin setiausaha papa’ bisik hati kecil Bella.

       “Oh okey. Liza tolong tunjukkan bilik Cik Bella. Lepas dah tunjuk bawak dia keliling pejabat ye” arah Datuk Tarmizi.
      Bella melemparkan senyuman kepada setiausaha papanya itu.
Liza membalas senyuman bella sambil berkata
“Jom saya tunjukkan bilik Cik Bella lepas tu kita pusing-pusing pejabat” terang Liza
“Okey! Jom”
      Bella hanya mengikut langkah Liza.
Apabila sampai di bilik itu, Liza terus membuka pintu dan mempelawa Bella untuk masuk. Tanpa berlengah Bella masuk sambil matanya melilau-lilau memerhati sekeliling bilik.
‘Besarnya bilik ni , cantik pulak tu’ bisik hati Bella, kagum.
“Bilik saya ke kak. Besar sangat ni” ujar Bella.
“Datuk yang suruh Cik Bella duduk dalam bilik ni. Akak menurut perintah aje. Lagipun Cik Bella kan pemangku CEO syarikat Cullen Holdings” tutur Liza.
“Panggil saya Bella je lah. Tak payah la ber’cik-cik’ ni. Nampak tua pulak” jawab Bella sambil tersenyum.
“Okeylah Bella , akak keluar dulu. Kalau Bella nak apa-apa panggil je akak. Akak duduk kat situ” kata Liza sambil menunjukkan tempat duduknya di penjuru bilik Bella.
“Akak ni setiausaha saya ke ?” tanya Bella ingin tahu.
Liza menganguk sambil tersenyum. “Ya. Akak setiausaha Bella” jawab Liza.
“Kalau tak ada apa-apa akak keluar dulu” tambah Liza lalu beredar dari bilik Bella.

    “Papa , mana Uncle Tarmizi ni ? Dah setengah jam kita tunggu kat sini. Letih, bosan
lah” rungut Irham.
“Amm” belum sempat Tan Sri Zainal menjawab , pintu dikuak dan wajah Datuk Tarmizi yang tersenyum menyapa pandangan Tan Sri Zainal dan Irham Iskandar.
   “Tar kau sihat ?” tanya Tan Sri Zainal sambil berpelukan dengan Datuk Tarmizi.
“Sihat je Nal. Macam ni lah” jawab Datuk Tarmizi.
“Ni lah Irham Iskandar” tanya Datuk Tarmizi.
“Ya, saya” jawab Irham sopan.
Irham bersalaman dengan datuk tarmizi lalu mencium tangan tua itu.
“Jemputlah duduk Nal , Irham” jemput Datuk Tarmizi.

1 comment: